Assalamualaikum w.b.t..
Hi.
puas betul mencari saki baki kudrat nak karang entry seketul demi seketul nak elakkan blog picisan ni dari terus di pandang sepi.. dulu perlukan masa, sekarang dah ada masa jadik gini pulak, dasar manusia..-..-'
back to the topic..
suka makan ais krim?? cakap pasal ais krim, siapa sedar yang tua pon boleh jadi bebudak gara-gara ais krim.. sebenarnya tak salah pon, sebab kita semmmuua ada cara memasing nak hargai dan enjoy kehidupan.. so sekarang husna nak share macam mana nak buat ais krim dekat rumah.. dulu dah pernah share Resepi Ais Krim Oreo Homemade tapi kali ni saja laa nak main dengan warna, dah tu nama resepi pon mestilah hebat macam gempak sangat gittew.. ekekekkee..
Bahan-bahan:
- 1 biji telur
- 2 sudu makan ovalett
- ½ tin susu pekat
- 1 tin air suam
- 1 sudu the esen vanilla
- biskut oreo
- pewarna merah
Cara-caranya:
1. Telur dan ovalett dipukul sampai kembang..
2. Seterusnya, masukkan susu pekat, air suam, esen vanila dan krim biskut oreo.. Pukul sebati sampai adunan likat tambah gebu..
3. Selesai lebih kurang 15-20 minit, boleh laa masukkan adunan ke dalam peti sejuk beku selama sejam.. Proses yang ni tak letak cecantik pon takpaa sebab nanti akan dikeluarkan semula..
4. Selepas sejam di sejukkan, keluarkan bekas adunan dan putar lagi selama lebih kurang 20 minit..
5. Dah siap boleh laa masukkan dalam bekas dan hias cantik mengikut selera..
6. Dah beku tunggu apa lagi, boleh laa ngap.. hehehe.. :p
Till then!! See ya~❤