Assalamualaikum w.b.t..
Hi..
awal Ogos bebaru ni husna dapat taw kilang pinggan mangkuk seramik buat sales lagi.. dekat Kulim dalam kawasan Kilang Lama uolls.. tiga hari berturut-turut macam biasa dari Jumaat, Sabtu dan Ahad.. nak bagitaw mak-mak, mak cik-mak cik, kakak-kakak, eh tak kisah laa lelaki atau perempuan yang minat atau suka kumpul set pinggan mangkuk seramik mesti tak tahan daulat tengok sales macam ni.. tapi kalau dapat tahan tu Alhamdulillah.. hehehe..
ini cerita bulan sudah, husna pergi tengok sendiri suasana yang orang kiri kanan dok canang.. lepas makan tengah hari siap semua terus keluar dengan adik husna.. tak sangka memang ramai, ada saja orang keluar masuk..
ada yang datang dari dekat, dan ada jugak yang datang dari jauh.. sanggup turun sebab nak memborong.. kebanyakan yang datang memborong tu selalunya nak adakan kenduri.. barang-barang ni nak dijadikan sebagai doorgift atau seangkatannya lah.. diorang akan datang awal, kenduri lagi empat lima bulan boleh laa datang nak tengok stok.. pernah abah cita ada pakcik ni sanggup datang dari KL sebab anak dya nak kenduri, dya beli dulang/tray seramik berapa ribu ntah tak ingat.. tray tu dya bagi macam tu je kat tetamu.. harga tak mahal sebab tu dya bolot semua..
![]() |
bangsal panas |
dan kebetulan time tu husna sampai bebetul tengah lelong dekat bangsal panas.. yang berbumbung tu laa bangsal panas.. abah cakap bangsal panas ni sehari dua kali je diorang bukak, pagi dalam pukul 11 dan petang dalam pukul 3 kot kalau tak silap.. so rezeki husna laa dapat tengok sendiri suasana bangsal panas tu..
![]() |
sakan dak?? perati je mak cik tu borong.. :D |
time ni diorang lelong pinggan dan periuk seramik atau clay pot.. pekerja yang bertugas akan keluarkan dari kilang guna forklift, susun bebetul kat bawah bangsal panas.. mak cik-pak cik, kakak abang adik dah siap sedia dah keliling bangsal tu nak serang.. hahaha.. bila petugas bunyikan siren tanda serang abeh tak pandang kiri kanan dah.. dya pandang barang dya nak tu je.. bontot ke bontot jangan cakap lah, tak sanggup husna nak berperang.. ekekekke..
ni bahagian seterusnya, tak sempit sesak macam tadi lah.. sebab sana lelong murah, maw nya mak cik-mak cik tu tak menggila macam tu.. sini lapang senang sikit nak belek tengok teliti sambil pikir nak ambek ke tak, murah ni, tapi beli nak buat pa banyak dah, eh ambek jelaa.. hahaha..:p
![]() |
akak cina tu pon kompius nak ambek ke tak..XD |
semua ada empat bahagian takpaa kalau dah sampai tu pusing je semua, mana nampak orang keluar masuk tu, belasah je masuk jugak walaupun toilet.. kot laa baru teringat nak melepaskan hajat.. hahaha..
dulu time sekolah tiba ja hari guru, mug cenggini aa bagi kat cikgu tapi ada laa bebunga sikit.. tak taw laa cikgu jenuh hari-hari tukar mug, anak murid bagi kena hargai.. hihihi.. boleh jugak beli untuk hadiah birthday, kalau rajin sikit cari bagi cukup set kasi hadiah kahwin.. tak pon belasah je periuk seramik bagi.. hehehe..
haa yang ni husna punya, beli tanpa tujuan.. kihkihkih.. kekdahnya husna juga seorang perempuan kot.. murah sikit mula laa gatal tapak tangan.. nasib baik bawak extra, kalau tidak dah kena leret kad.. aicehh kemain sangat, padahal murah je kot.. beli satu percuma satu bang, adik tak nak tunggu..
periuk yang husna beli tu saiz kecik je, sesuai laa untuk yang bujang atau mak nak masak sambal tumis ikan bilis.. yang besar nak buat gulai/sup pon ada.. uishh dapnya cucuq udang cicah gulai ikan nyok-nyok.. adehh..
dua bulan sekali diorang akan buat sales dan akan datang bulan 10 plak.. so jangan risau masih sempat lagi, inshaAllah.. kilang ni dalam kawasan perusahaan Kilang Lama, Kulim..
Miyao-Toki (M) Sdn. Bhd
Alamat: Lot 67 Kulim Industrial Estate,
09000 Kulim, Kedah, Malaysia
Till then!! See ya~❤