Assalamualaikum w.b.t..
Hi..
Supper Roti Tisu Tumbang | selepas makan malam petang semalam, abah bagitaw dya nak ke kilang ambil set pinggan mangkuk seramik balik dari surau nanti.. abah dah ajak mama, then adik husna pon nak ikut.. husna plak kalau ikutkan hati memang dah tak nak ikut, sebab malas nak bersiap satu hal.. kalau nak suruh siap ala kadar pon kena siap jugak what!
abah husna ni jenis yang jarang ajak keluar malam but once dya dah ajak ada baiknya ikut je.. sebabnya bila dah keluar tu ada saja tempat yang dya nak singgah sebelum balik rumah walaupun baru sudah makan malam petang tu.. gigih la sarung jeans, shirt, pakai tudung ikat bunjut je kat hujung tudung.. paling malas, paling senang! ekekkke
seperti yang dijangka, lepas dah settle kerjanya, terus di aju nak menghala ke mana??
teringat akan roti tisu menggunung yang kak fizah kongsi beberapa hari lepas.. terus ajak abah pergi Restoran Nasi Kandar Nasmir, Kulim, bersebelahan Kedai Serbaneka ECO RM2.. tak tahu pon rupa dan rasa sebenar roti tisu, sebab tu yang teruja lain macam sikit nak cuba.. hihihi..
sampai je terus order..
Sup Ayam | adik husna tengah sakit perut jadi dya tak lalu nak makan.. dya teringatkan sup ayam style rumah, kuah plain, berlada, bersayur dan ayam rebus.. sekali sampai kat meja kami lain pulak rupanya.. hahaha.. muka memasing terus hairan bin pelik.. sekali ditanya untuk pastikan itu sup ayam, memang ya pon.. struktur dan rasa dya dah lari jauh beza ketinggalan di belakang, rempah terlalu banyak hasilnya kuah terlalu pekat.. kalau hirup ni semata, alamatnya sakit tekak lah esok pagi.. muahahaha..
Till then!! See ya~❤