Assalamualaikum w.b.t..
hari tu husna ngan housemates pergi cuba nasi arab kat Al-Haura Arabic Kopitiam yang pemes tu.. melilau jugak laa kami mencari, jalan sehala, jalan no entry semua kami redah.. nasib baik naik moto, senang nak menyelinap..:p hihi
untuk pengetahuan ini kali pertamahusna cuba nasi arab.. hurm kesian kesian kesian.. sebelum ni asyik bunyi nak makan je, tapi bila ada jamuan yang menghidangkan nasi arab, makanan lain jugak yang menarik perhatian.. hihi..
untuk pengetahuan ini kali pertamahusna cuba nasi arab.. hurm kesian kesian kesian.. sebelum ni asyik bunyi nak makan je, tapi bila ada jamuan yang menghidangkan nasi arab, makanan lain jugak yang menarik perhatian.. hihi..
kali ni memang kami sebat bebetul.. ada orang lanjer beb! hihihi makaceh~
Al Haura Arabic Kopitiam
Alamat: 32B, Lorong BLM 1/4, Bandar Laguna Merbok,
08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi:
setiap hari 12 tgh hari hingga 11 malam
Jumaat 2.30 ptg hingga 12 malam
cuti setiap Isnin
makanan sampai je terus bergambar tak sudah.. kejap ke kiri, kejap ke kanan.. belom masuk lagi dengan angle, lighting, front camera yang tak berapa kena.. adehhh.. yang paling tak menahan perut yang sedari tadi berkeroncong still boleh bersabar.. hahaha..
Nasi Arab Ayam RM 42.90
saiz M untuk 4-5 orang makan..
kami ambek set talam sebab ter-excited dengan cara makan dalam talam tu, padahal kat belakang kami mintak pinggan jugak.. hihihi.. even ber-enam, tapi jenuh berhuhu jugak laa last sekali nak menghabiskan.. haha nasi dya sedap dan banyak, isi ayam pon siap boleh meratah sorang sikit..
husna kalau makan apa pon mesti nak kena ada sayur, walaupun hanya sepotong timun dan sekeping salad yang orang letak sebagai hiasan tu.. cakap pasal sayur, salata diorang boleh tahan sedap, licin husna kerjakan.. and end of the day memasing keluar dengan perut boyot muka kekenyangan..:D
Strawberry Float RM6.90 | Yoghurt Strawberry RM5.90
Cappucino RM6.50 | Hot Cappucino RM4.50 | Green Tea RM6.50
air minuman pilihan husna, hot cappucino.. pendapat husna pada malam tu hot cappucino dya kurang memuaskan sikit sebab masa ni memang husna terbayangkan sesuatu yang panas, dan something caffeinated.. tapi yang datang dah lain macam, manis gila!
serius banyak sangat susu tenggelam terus rasa kopi cappucino dya tu.. memang husna tak boleh habiskan then nak elak bazir campurkan je sekali dengan cappucino ais yang kawan husna punya.. even ais tu dah cayaq (baca:cair), but still elok lagi rasa dya manis macam tu jugak.. last sekali kawan husna yang habiskan..
Till then! See ya~ ❤