Quantcast
Channel: husnazahidi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 125

Alhamdulillah Bertambah Lagi Angka Umur

$
0
0

Assalamualaikum w.b.t..


Alhamdulillah Bertambah Lagi Angka Umur Husna | kebiasaannya kalau esok tu birthday husna, malam tu mesti husna kat tempat lain tak duduk kat rumah sendiri, sama ada kat asrama, kolej, atau rumah sewa.. kebiasaannya macam tu lah.. kalau nak ikutkan tahun ni pon husna bakal sambut kat Merbok sebab tengah final exam, tak habis lagi uii, tapi disebabkan husna berulang dari rumah ke Merbok, so dapatlah sambut kat rumah.. eh ini bukan sambut grand-grand tu taw, biasa-biasa je..

selain dari whatsapp, mesej dan call dari sahabat-sahabat husna, keesokan paginya dapat ucapan daripada mama dan abah, dah laa dengan husna baru bangun tido, muka tak basuh, gigi tak berus dah kena cium setempek dengan mama.. hahahadoii.. sempat bergenang ayaq mata nih, nasib tak jatuh jaa.. :D

Sabtu tersebut memandangkan adik-adik husna boleh outing petang tu, kami pergi ambek kat asrama, bawak pergi makan lepas tu beli barang sikit.. makan pon tak jauh dedekat situ jaa.. abah siap suruh pilih tempat nak makan kat mana, husna kalau masuk je kawasan Kulim memang fail sikit bab nak cari kedai makan sebab tak banyak dengar viral pasal kedai makan best kat Kulim.. kalau cakap pasal Sungai Petani, hihi laju je dapat detect kedai mana nak di tuju..


bila ditanya adik-adik, diorang cakap nak makan laksa tempurung, jadi kami ke Mad Arif Char Kuay Tiaw, Kulim.. sampai je terus order 3 mangkuk ais kacang dan semangkuk laicikang untuk mama husna.. ais kacang dya boleh tahan laa cumanya ais dya kasar, tak berapa best.. mungkin pisau mesin pengisar ais tu dah tumpul kot.. jadi aisnya pon tak berapa halus..




adik-adik husna kemain cakap nak makan laksa tempurung padahal laksa tempurung order semangkuk jaa, diorang pakat order nasi.. abah, mama dan adik bongsu husna makan nasi goreng pattaya.. yang sorang lagi nasi ayam dan husna pulak order nasi ayam, ayam berempah.. pesan kat makcik tu saya tak nak ayam panggang tapi nak ayam berempah.. hihihi.. saja teringin..

owh by the way, just so you know I am officially 23rd.. hehehe.. :p

suka pulak!
bluerkk!!

=,='


Alhamdulillah terima kasih semuanya yang sudi hulur ucapan dan doa, inshaAllah semoga kita semua dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dibawah lindungan rahmat Nya.. Ameen.. terima kasih juga kerana tidak lupa..;)



Till then! See ya~



Viewing all articles
Browse latest Browse all 125

Trending Articles