Assalamualaikum w.b.t..
yeay! muncul kembali, dalam usaha mengumpul mood untuk menaip semula.. adatlah kalau dah terberhenti lama dari mengarangkan, nak mula semula tu mesti rasa liat nak mampoihh! ekekkeke.. eh Selamat Hari Sukan Negara husna ucapkan!
Bisnes Kecilku Menjual Ais Krim Sumi dan Choki-Choki | meh sini husna belanja Ais Krim Sumi sorang satu ea, kalau nak belanja reramai nih ais krim Malaysia jelaa husna mampu.. itupon belanja tengok gambar je kihkihkih, kedekut gila.. eh kata jenis supportmember, jadi kena laa beli tanpa mengharapkan sebarang harga diskaun.. tanpa kawan dan sedara siapa lagi yang tolong naikkan bisnes kengkawan kan.. ini tidak, asal berniaga dengan kawan je mula laa nak mintak harga kawan-kawan, kadang tu husna tengok kesian pada deme yang baru nak mula berniaga.. dan awak yang menjual tu plak letak laa harga yang setimpal, baru laa orang tak bising..
gituuu.. jauh dah melalut.. nak cerita pasal bisnes kecil husna nih, alkisahnya bermula masa cuti semester lepas dek kerana tak taw nak buat apa, nak keja macam sekejap sangat, sebulan je pon, susah nak ada tempat yang boleh terima part time masuk keluaq ni.. lepas tu teringat nak main jual-jual tapi nak jual apa, banyak sangat dalam kepala nih cuma takut tak boleh komited je lepas tu tersadai.. huhuhu.. pastu mama husna cadang buat ais krim sumi nih letak kat kantin sekolah..
Alhamdulillah dah lebih sebulan husna buat, dah bukak semester pon husna masih teruskan.. mulanya husna cuma buat Ais Krim Sumi dan Choki-Choki ikut macam resepi yang tengah viral dulu je, lepas tu bila dah semakin nampak penerimaan ramai, husna mula letak nata de coco dalam ais krim sumi tu biar rasa meriah sikit.. hihihi..
Yang ini husna buat waktu cuti hujung minggu lepas sebab dah rancang hujung minggu ni husna tak balik, kiranya itu stok untuk dua minggu laa.. penuh bahagian rak atas freezer mama kihkihkih nasib baik muat.. cuti hujung minggu depan plak kita balik buat lain..
Till then! See ya~❤