Quantcast
Channel: husnazahidi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 125

Membesar Di Merbok Dengan Nasi Hujan Panas Lembah Bujang

$
0
0

Assalamualaikum w.b.t..


Membesar Di Merbok Dengan Nasi Hujan Panas Lembah Bujang | like seriously? Memang pon! Hahaha rata-rata manusia kat Merbok, Kedah, pelajar atau bukan pelajar memang semua membesar dengan nasi hujan panas kalau nak taw.. sampaikan ada yang jenis siang dan malam wajib beli, husna pulak hanya setakat sebagai makan malam jelaa..

Nasi Hujan Panas Lembah Bujang

Husna mula kenal nasi hujan panas sejak masuk belajar semula pada awal tahun 2015 dan sampai sekarang, perasaan jemu tu tak jumpa lagi.. husna tak pasti apa laa yang berhantu sangat Nasi Hujan Panas ni, kalau dalam seminggu tak makan tidur tak lena dibuatnya.. ekekkeke.. 😆

Nasi Hujan Panas Lembah Bujang

Nasi Hujan Panas Lembah Bujang

Sedap ke Nasi Hujan Panas ni??

Mestilah sedap! Kalau tak, tak dak makna sampai termimpi-mimpi, tersebut-sebut.. siap gigih tapaw bawak balik kat keluarga husna, sebabnya penat dah asyik bawak balik cerita je.. komen diorang, abah macam biasa tak suka pedas, mama pulak bagi thumbs up!

Husna suka sambal dya, pedas manis lain macam.. dan peliknya walaupun pedas tapi tetap semorang mintak sambal lebih.. sesetengah pedas sambal kalau pedas melampau tu kita dah tak boleh nak teruskan makan, tapi yang ini sambal banyak macam mana pon husna tetap boleh teruskan.. durasi masa makan pon ambil masa sikit laa sebab nak ambek nafas satu hal, nak nikmati satu hal, kemudian nak kesat hingus lap ayaq mata lagi, selalunya husna makan sambil tengok cerita pukul 7, hihihi baru layannn..


Berapa Harga Nasi Hujan Panas ni??

Harga mengikut saiz; S– RM2.00, M– RM3.00, L– RM4.00 dan Ayam Berempah– RM5.00..

Husna selalu beli S, M atau S + nasi lebih = RM2.50.. apa yang berbeza kat sini adalah berapa ketul ayam dalam setiap saiz, nasi pulak jangan risau banyak macam biasa, cuma nya kalau datang mood pelahapfobia husna tu terbeli laa nasi lebih.. ekekkeke..

Nasi Hujan Panas Lembah Bujang

Waktu Operasi Nasi Hujan Panas..

Nasi Hujan Panas ni dijual pada waktu pagi pada jam 7-11 pagi, dan petang pada jam 4-10 malam.. tapi nya jangan harap pergi lewat-lewat nak ada lagi, kekadang on the way nak pergi kelas pukul 10 pagi tu pon dah tak nampak kelibat, punya awal tutup.. waktu malam lagi laa, kalau nak pergi beli, memang tak berani nak pergi lepas maghrib, kang balik dengan tangan kosong, nangis tak berlagu..


Lokasi Nasi Hujan Panas, Lembah Bujang..

Kalau dulu diorang hanya bukak gerai kecil tepi jalan je macam dalam gambar, tapi sekarang dah berubah tempat.. Masih depan MRSM Merbok tapi dalam kiosk pondok perhentian bas bebetul depan Restoran Shiema Corner..


Till then! See ya~


Viewing all articles
Browse latest Browse all 125

Trending Articles