Assalamualaikum w.b.t..
Hari ke sembilan, ceritanya pasal cermin.. duhh cermin mana laa yang nak pergi belasah berselfie nih.. cabaran pon kemain aih.. pastu mula laa teringat yang orang pompuan ni kan pantang nampak cermin, semua tempat dya nak selfie.. bheheee maaf laa cermin jenis tu tak de kat rumah kitaorang, itu yang snap sekeping dua buat kenangan.. eh boleh percaya ke sekeping dua?? XD
tapi husna tak de selfie latest dengan cermin yang senonoh sikit, semuanya tak semenggah mujurlaa beberapa hari lepas terselak gambar-gambar lama.. biasa laa bila sakit rindu menyerang, itu jelaa yang mampu buat pon selain mendoakan agar insan tersebut pon rindu kita jugak.. uishh mana fair kan rindu sengsorang, ekekekke..
ini selfie masa kat salah satu persinggahan dalam Trip ke Bank Negara Malaysia, Penang tahun lepas.. tak ingat dah nama kompleks kat penang ni.. husna berselfie guna Nikon pinjam kawan.. Nikon nak beli sendiri berjanggut le, tak mampu cek.. kuikuikui..
cerita yang datang bersama-sama selfie ni, seingat husna kami ditinggalkan kat sini sebab nak berhenti solat dan makan.. pelajar lelaki, lecturer bawak pergi masjid solat Jumaat, kami plak pepandai lah nak hidup.. hahaha.. bila dah settle semua, apa lagi merayau laa..
masuk dalam salah satu kedai yang menjual perhiasan perempuan, kemain semua pulun try satu persatu, nasib baik boleh ambek gambar, kalau tak dah kena halau kami.. tak macam trip masa ke KL, dalam mall banyak kedai tertera notis tak boleh selfie.. husna rasa rugi kot, sebab ni salah satu idea marketing, pakar selfie selalunya akan update selfie sekali dengan tempat apa semua.. so kira bonus laa dapat beriklan tanpa keluarkan modal..:p
Till then!! See ya~♥