Assalamualaikum w.b.t..
selamat pagi.. selamat hari minggu.. selamat bekerja buat mereka yang bekerja hari ni dan untuk yang tak kerja, selamat bercuti lepak-lepak macam kita.. hihihi.. lepak laa sangat, pepagi buta dah kena bangun, bibik lah katakan.. lagipon kejap lagi nak kena settle lantai rumah, lama sangat dah tak berkasih sayang.. so kena settle kerja lain cepat-cepat, kalau lambat kang tertangguh lagi niat murniku ittew..
entry santai je pagi ni, kita screen shot desktop bagi memenuhi kriteria hari ke sepuluh dalam 30 Days Photo Challenge.. motif sebab kita baru lepas kemas, bhahaha.. kalau tak sebelum ni, folder merata alam, gambar copy paste bersepah tak organize langsung, cacat pemandangan.. tak sempat nak belek, susun bebetul cenggitulah rupanya..
![]() |
sekarang tak cacat lagi kerana sang hensem Jack Frost setia di sisi.. bluerkkk~ |
Till then!! See ya~♥